Tuesday, 17 September 2019

Kisah Kejayaan Saya dalam Shaklee

Kisah Kejayaan Saya dalam Shaklee

Hai semua assalamualaikum.

Harini saya nak share sedikit kisah kejayaan saya bersama Shaklee. Saya dah join shaklee tahun ni masuk tahun ke5. Syukur ke hadrat ilahi walaupun lama bertatih, akhirnya sampai juga masa saya untuk rank up.

Saya bermula sebagai pengguna Shaklee, hanya makan sendiri. Dan shaklee effect paling bertakhta di hati anak saya jarang sangat sakit . Saya ada kongsikan Shaklee Effect Aqil Qhaleef

Dan selepas itu saya mula berkongsi dengan kawan, keluarga, media sosial seperti facebook, instagram, blog, live video dan offline ( flyers ).

Banyak liku dan cabaran, antara pencapaian saya dalam Shaklee :

  • Bergelar rank Supervisor pada Julai 2018
  • Pemenang tempat pertama contest mini office di rumah - menerima hadiah beg tangan bernilai RM300
  • Beautician di bawah projek The Walking Beauty iaitu memiliki mobile spa menggunakan produk Shaklee
  • Berjaya menshaklee kan mak saya. Bagi saya ianya satu kejayaan kerana mak saya sentiasa menyokong saya.
  • Berjaya menghadiri Business Leader Conference Shaklee secara percuma - menerima doorgift bernilai lebih RM800. Baik betul Shaklee ni.
  • Reward keluarga di Marriot Hotel hasil dari income dengan Shaklee.
Hargailah sekecil kecil kejayaan, insyaAllah kejayaan yang besar pasti datang.




sewaktu menerima recognition Supervisor di Marriott Hotel Putrajaya Mac 2019

Alhamdulillah bergelar supervisor

kenangan manis nama terpapar dalam magazine Shaklee


Dalam Shaklee ada 7 tangga perlu didaki.

Distributor > Supervisor>Senior Supervisor>Coordinator>Senior Coordinator>Key Coordinator> Senior Key Coordinator dan lastly Master Coordinator.

So bila dah dapat rank Supervisor kita dikira leader Shaklee. Income pun capai 4 angka. Tapi, bukanlah tetap income 4 angka ni, kena usaha untuk sentiasa efektif. Maksudnya sama sama usaha dengan rakan bisnes kita.

Ada orang ingat oo dia dah rank up Supervisor mesti tetap je income dia 4 angka. No, dalam Shaklee u buat u dapat setimpal dengan hasil usaha u.

Kalau dah tahu income tak tetap, cari lah bisnes yang bagi income tetap. Buat apa tunggu lagi. Adat orang berniaga mana mana bisnes ada up and down incomenya.

Saya berpegang pada satu ni "usaha sampai jadi, saya yakin pasti saya akan capai rank master coordinator suatu masa nanti"

Saya sayang dengan Shaklee.

Kelebihan bisnes Shaklee :


  • Tak perlu keluar rumah pergi pos barang. Just click click dalam sistem, dan tunggu barang muncul depan pintu.
  • Tak perlu buat stok menimbun nimbun. Last last tak laku tolak murah murah dan expired. Bisnes Shaklee tak ajar begitu.
  • Coaching online offline oleh pakar Nutrisi Shaklee. Bisnes Shaklee ni adalah bisnes medan ilmu. Jika kita study satu satu produknya, pasti terpikat dan banyak sangat ilmu nutrisi yang akan kita dapat.
  • Berpeluang menghadiri workshop, seminar, product training, trip trip Shaklee yang ditaja secara percuma dan banyak lagi.
  • Hanya berkongsi kebaikan produk Shaklee tanpa perlu menjadi founder produk. Berkongsi dengan rasa gembira
  • Tak pening pening nak fikir untuk buat kajian tentang produk, journal sebagainya. Shaklee dah sediakan info dalam sistem Shaklee. Just click dan gain knowledge. Shaklee labur berjuta juta USD untuk memastikan produknya berkualiti.
  • Pay slip shaklee sangat laku untuk beli rumah, kereta dan apa impian kita nak capai. Saya menyaksikan sendiri kejayaan mentor mentor saya. Mereka hanya buat bisnes hanya dari rumah. Surirumah High Class okay.
Kelebihan bernaung di bawah team Jutawan dan saya adalah rakan bisnes anda :

  • Team Jutawan memiliki 10 orang master yang mempunyai pelbagai kepakaran. Juga jelitawan dan baik hati.
  • Kalian berpeluang menghadiri seminar, leadership workshop yang dianjurkan oleh para master team Jutawan. Hampir setiap minggu tau ada sesi perkongsian dari segi marketing, database, macamana nak pikat customer, motivasi dan lain lain.
  • Bernaung di bawah Team Jutawan perkara paling ditekankan adalah kerohanian. Sebab itu saya sayang untuk tinggalkan shaklee. Sungguh, bisnes ini mendekatkan kita pada Pencipta. Bila Allah sayang kita, semuanya menjadi mudah. Percaya lah.
  • Team Jutawan mempunyai pelbagai program yang bakal bantu kalian menyusuri perjalanan kejayaan dalam bisnes Shaklee. Ada program menyusu, detox, mobile spa, kecantikan. Pendek kata, ikut mint kita. Macam saya sendiri, saya menyertai The Walking Beauty iaitu projek Spa menggunakan produk Shaklee ilham dari founder TWB.
  • Team Jutawan terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan sepeti doktor, pharmasict, surirumah, engineer, cikgu dan lain lain. Semua tak lokek untuk berkongsi ilmu.
  • Setiap bulan, team Jutawan ada sesi perkongsian tertutup dengan pakar Nutrisi Shaklee.
  • Paling best, kalian boleh sertai contest yang diadakan untuk team Jutawan dan hadiahnya sangat lumayan okay.



leader Jutawan

 grand seminar Legasi Anugerah Terindah

coaching dating dengan mentor kesayangan

-
mini office saya di rumah. Alhamdulillah berjaya mendapat tempat pertama contest SOHO

yeayyy, dapat hadiah handbag dari lovely master



mak saya bersama vitamin


coaching untuk group saya sendiri


belanja suami dan family

menghadiri business leader Shaklee 2019

Jika kalian merasakan post ini bermanfaat, dipersilakan share. Mana tahu dengan sharing kalian dapat membantu para wanita di luar sana menikmati peluang besar dalam bisnes Shaklee. Jom sertai team Jutawan.




Salam sayang
im your leader

Nurul fatin adiana
SID 1123860
0137131476
Pengedar Shaklee Putrajaya

5 comments:

  1. Alhamdulillah tahniah diey. Seronok baca. InsyaAllah master amiin

    ReplyDelete
  2. Tahniah Diey! Sangat mengagumkan... Diey ada kelebihan yang tersendiri! Semoga berjaya rank up untuk next rank D!

    ReplyDelete
  3. Tahniah di ats sgla kejayaan kak diey

    ReplyDelete

♥ Copyright © Nurul Fatin Adiana | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger